Pengarah yang suka di arah
Saya terpanggil untuk berkongsi kisah seorang Pengarah yg rakan kongsinya hanya tahu menunggu arahan beliau.
Alkisahnya, saya didatangi oleh salah seorang Pengarah Syarikat yang mengadu rakan kongsi beliau yang menggalas jawatan Pengarah hanya menunggu arahan walaupun jawatannya adalah sama taraf dengan beliau iaitu Pengarah. 'Penatla mcm ni Puan, sekali ketuk, sekali jalan. Semua nak kena saya bagitau.'
Otak saya ligat berputar untuk mencari kata.
"Begini Tuan, sewaktu dilantik menjadi Pengarah & menubuhkan syarikat adakah tuan sediakan shareholders agreement & skop kerja sebagai jawatan Pengarah? Tuan Pengarah, beliau pun Pengarah. Sepatutnya buat pembahagian tugas contohnya, Tuan Pengarah Kewangan & Pentadbiran, rakan kongsi Tuan Pengarah Operasi."
"Beginilah Tuan, Tuan nak proper kan, ini apa yg big company buat, balik nanti Tuan ikut ja step ni:
1. Berikan offer Letter sebagai Pengarah & letakkan skop tugas di dalam surat tawaran tersebut. Letakkan gaji & elaun untuk Pengarah. Jelaskan kepada beliau satu persatu. Berikan KPI kepada beliau.
2. Sekiranya Pengarah tak perform, suruh beliau resign & nyatakan beliau tidak dapat menjalankan tugas seperti tercatat di dalam surat tawaran.
3. Sekiranya beliau enggan letak jawatan, buat general meeting dengan agenda pemecatan jawatan Mr A sebagai Pengarah.
4. Keputusan dibuat mengikut voting right iaitu shareholders meeting, barulah proses dokumentasi pemecatan berlaku & diserahsimpan di SSM.
Betapa indahnya tadbir urus Syarikat di Malaysia. Tiada hak Pengarah yg dinafikan sekiranya segalanya mengikut prosedur.
Tiada perbalahan & persengketaan, Pengarah bahagia, company secretary pun bahagia...

Comments
Post a Comment