DITIPU PARTNER, HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

CASE STUDY :

MAT SALLEH AUSTRALIA vs MAMAT MALAYSIA
========================================

Alhamdulillah, Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak. Semoga amalan kita sepanjang bulan ramadhan diterima Allah. Marilah kita sama-sama muhasabah diri.

Tiba-tiba tergerak hati nak share case Mat Salleh Australia ni bila scroll wasap. Cerita agak unik.

Tubuh syarikat tahun 2011 Di Alor Setar, Kedah., ber'partner' dengan Orang Melayu. Datanglah kedua2nya mai tubuh syarikat. Yang banyak berbicara ni tentulah Director Melayu ni. Si Mat Salleh ni menggangguk ja tanda setuju.

Ringkasnya, kedua2 Director ni setuju untuk menjalankan bisnes mineral mining. si Mat Salleh ni setuju inject wang pelaburan sebanyak RM 500,000 untuk running bisnes. Kaya oooo Mat Salleh ni.

Sampai setahun bila audit, Director ni present akaun kat saya, Director fee setiap bulan dia ambik RM 12,000, bermakna setahun RM 144,000. Sales tak dak, operating expenses pun tak dak. Di hati seolah2 mencurigai sesuatu, Mat Salleh tu pun tak mai Malaysia.

Bila pos audit report untuk Mat Salleh tu sign di Australia, Mat Salleh tu pos balik dokumen yang telah ditandatangani menandakan persetujuan dengan audit report tersebut without query anything, dalam hati berkata2. Baiknya Mat Salleh tu.

Tahun berikutnya syarikat tiada tansaction sampai Tahun 2016 Mat Salleh tu contact saya melalui email. Then cerita yang dia kena kelentong dengan Mamat Director sorang ni. Then, Mat Salleh ni bawa kes Mamat Malaysia ni ke Mahkamah atas kes menyeleweng wang Syarikat.

Moralnya, Mat Salleh tu bagitau. Saya tak kisah hilang duit, yang sedihnya saya hilang kawan, duit boleh dicari, nak kaya sat saja nak tipu orang, tapi sampai bila, perlu fikir long term benefit yang kita dapat.

Jadilah peniaga yang jujur, telus dan dipandang tinggi oleh orang lain. Jangan sekali2 membanggakan diri dengan kekayaan menipu orang lain...

Dalam hati, malunya orang Malaysia buat perangai mcm ni dan tipu Mat Salleh Australia, tunjuklah akhlak seorang Islam.

Comments