SUAMI KAHWIN LAGI BILA BISNES BERKEMBANG

Case Study:

SUAMI KAHWIN LAGI BILA BISNES BERKEMBANG

Petang jumaat cuti-cuti ni suami kata nak berbuka di rumah.  Selalunya kami sekeluarga berbuka puasa di masjid. Alhamdulillah dapat la merasa air tangan isteri katanya.

Teringat kisah suami isteri yang menubuhkan syarikat perkongsian 12 tahun yang lepas, bila tubuh syarikat suami isteri katanya tak perlu lah ada surat perjanjian perkongsian. Suami dan isteri saling mempercayai dan sehidup semati.

Bila tiada perjanjian, bermaksud perkongsian perniagaan adalah 50/50. Pembahagian hak dari segi aset, liabiliti dan keuntungan adalah samarata. Walhal si isteri jual rumah kediaman dan kereta hasil titik peluh waktu belum berkahwin untuk dijadikan modal perniagaan.

Setahun demi setahun bisnes tersebut berkembang dan jualan mencecah sehingga RM 10 juta pada tahun yang ke 10. Si suami segak bergaya ala-ala artis dengan kereta dan gayanya yg macho dan mulalah menjadi idaman dara-dara.

Dipendekkan cerita, umur beliau 40 tahun suami berkahwin lagi. Lepas suami berkahwin, si isteri sedih dan mengadu hal kat saya dan syarikat tersebut ada campur tangan isteri kedua. Beliau nak tuntut kembali perniagaan tersebut disebabkan modal tersebut 100% dikeluarkan oleh beliau. Nasihat saya:

1. Tiada surat perjanjian perkongsian untuk tuntut kembali modal yang si isteri telah keluarkan

2. Kalau tubuh syarikat Sdn Bhd saya akan jelaskan pentingnya shareholders agreement dalam sebuah syarikat.

3. Nasi sudah menjadi bubur. Berdamailah dan redhalah semoga beliau mendapat payung emas di sana. 😊

Untuk info lebih lanjut, tn bleh hubungi...

http://www.wasap.my/60134221600/setiausahasyarikat

http://www.wasap.my/60134221600/setiausahasyarikat

#tubuhsyarikatsdnbhd #ssm #setiausahasyarikat #daftarsdnbhd #sdnbhd #daftar #cosec #company #perakaunan #mara #keda #upuk #teraju #bahtera #sme #smecorp #pensyarikatan #businesstraining #bookeeping #audit #businesscoaching
#setiausahasyarikatkedah

Comments