Keliru antara syarikat dan kebajikan
Alkisahnya saya dihubungi oleh 'walk in client' yang berminat nak tubuh syarikat. Hasratnya mahu menyewa sebuah rumah untuk rumah orang-orang tua.
Saya mengerut dahi dan pelik tujuan nak tubuh syarikat tersebut.
Saya tanya lagi tujuan tuan nak buka syarikat untuk KEBAJIKAN betul dak dan Tuan nak mohon sumbangan & derma kan sebagai pendapatan?
Jawapannya ya, Pandai pun Puan...
😀. Saya berkata 'Tuan begini ya...
1. SYARIKAT adalah untuk membuat KEUNTUNGAN dan BUKAN untuk tujuan KEBAJIKAN
2. SYARIKAT TIDAK BOLEH meminta SUMBANGAN dan DERMA, adalah menjadi kesalahan dan tertakluk pada AMLATFA dan tuan boleh didakwa. (Saya akan terangkan dalam posting yang lain)
3. Tertakluk kepada cukai 18% ke atas keuntungan syarikat. Rugi kan. Kalau kebajikan boleh dapat pelepasan cukai tetapi perlu dapatkan kebenaran daripada LHDNM dulu. Ada caranya.
Nasihat saya 'Tuan boleh daftar melalui dua cara iaitu
1. Tubuh YAYASAN dan melantik saya sebagai Setiausaha Syarikat atau
2. Berdaftar dengan ROS (Register of Society iaitu Pejabat Pertubuhan Malaysia)
Saya boleh bantu Tuan untuk mendaftarkan melalui kedua-dua kaedah tersebut.
Saya doakan SEMOGA TERCAPAI HASRAT MURNI TUAN.
HIDUP PERLU MEMBERI MANFAAT SESAMA UMMAT, saya memilih untuk berkongsi.

Comments
Post a Comment