DISERBU LHDN, KASTAM, PERKESO DAN KWSP

Cerita ni agak lama tersimpan rapi di dalam gerobok Polaris. Baru hari ni saya terasa nak kupas.

Client ni asalnya bukan tubuh syarikat di Polaris Alor Setar. Client ni enterprise, tapi disebabkan kena serbu dgn LHDN n KASTAM,  barulah dia berjumpa saya.

Beliau berbisnes online.  Yang sedihnya, tiada  dokumentasi perakaunan, resit,  baucer bayaran,  dan rekod2 bukti perbelanjaan.

Apa yang Polaris boleh tolong beliau, berdasarkan Penyata Bank duit masuk dikira sebagai pendapatan dan duit keluar perbelanjaan berdasarkan nota rujukan pada Penyata Bank.

Jabatan audit LHDN terima Pendapatan berdasarkan jumlah duit masuk Penyata Bank,  Perbelanjaan LHDN suruh buktikan melalui resit dan baucer pembayaran. Menangis di bucu katil la jawabnya.

Selepas sebulan,  KASTAM pula mai audit,  dapat lagi cukai GST tambahan dan penalti,  hari ni,  kena dengan PERKESO lagi. Mai audit pula.

Kesimpulannya, simpanlah rekod perakaunan dan bookeeping anda dengan teratur.  Bayar cukai anda, tapi jangan bayar cukai kebodohan anda.

#companysecretary,  #tubuhsyarikat,  #accounting,  #audit

Comments